Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.- Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.- Tidak cemberut di hadapan suami.- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur- Tidak keluar tanpa izin suami.- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga
No comments:
Post a Comment